Thankyou readers

Friday, August 10, 2018

Kandungan luar rahim / ectopic pregnancy

//Assalamualaikum and hi guys\\

Tergerak hati pula nak bercerita sikit tentang kandungan luar rahim.
Dah setahun lebih juga mimpi ngeri dalam realiti tu.

Okey, after sebulan lebih I nikah (nikah 17 Mac 2017), I tak period sebulan (April) so I syak "something" in my womb sebab I sejenis period yang memang teratur.
Masuk first day bulan Mei still takde tanda-tanda period or senggugut, so 2nd day of May I pun saje-saje pergi Guardian beli UPT (urine pregnancy test) and first time ok beli takut-takut jugak masatu sebab takut cashier pandang semacam hahaha.
Then, balik hostel terus masuk bilik air and try. Debar betul masatu. and.... positive!
Alhamdulillah rasa nak joget-joget masatu lol. 
I pun terus call husband (husband kat Johor and I study kat USIM Nilai kononnya kitorang perkahwinan jarak jauh giteuw) excited bagitahu pasal good news tu. 

Esoknya, hari Rabu 3 Mei 2017, I join program dengan warga emas kat Selangor.
ok sepanjang program beberapa jam tu, I memang aktif jugaklah berjalan ke sana ke mari melayankan makcik-pakcik yang uzur, yang tak sihat, yang kurang upaya sampai abaikan rasa penat ni. Best sangat layan dorang sampai lupa nak jaga diri sendiri.

time ni tengah sakit perut tapi tahan je sebab ingatkan sakit perut biasa. 
teka mana satu aisyah hahaha (yang ketiga dari depan).


Lepas habis program, I pergi toilet sebab perut rasa tak sedap and terkejut gila, I was bleeding! 
I thought yang I period and UPT yang I guna tu rosak huhu noob sangat... 
Keluar toilet I cerita kat member apa yang jadi dari awal. Member tu terus suggest untuk jumpa doktor as soon as possible. 
Petang tu habis je program, I terus pergi klinik kat Nilai (I drive sendiri dari Selangor ke Nilai padahal dah terasa sakit perut sangat dah, macam senggugut).
Sampai klinik, doktor suruh I buat urine test and still positive. Dia kata I bleeding sebab penat sangat and kandungan still selamat. 

Tapi sepanjang malam, perut I sakit gila-gila rasa nak koyak.
Esoknya (hari Khamis 4 Mei 2017), I terus call husband nak balik rumah sebab tak larat.
Husband pun kelam kabut drive huhu. Before balik rumah, kitorang singgah Klinik Pakar USIM buat triple check up.
Saje request kat doktor nak try scan (jakun jugak masatu hihihi). 
Doktor scan I and dia kata nampak ok terletak elok je dalam rahim and dia kata lagi yang I sakit perut tu maybe sebab terlampau penat so tak perlu risau. Awal lagi baru 5 weeks katanya.
Ok both of us were feeling so thankful masatu and yakin takde apa-apa yang bahaya akan jadi. 

Unfortunately, on the way balik rumah at Johor, sepanjang dalam kereta, perut I makin sakit.
Minta husband berhenti tepi jalan lagi sebab rasa nak muntah tapi tak terkeluar pun muntahnya huhuhu.
Sampai je rumah, rasa macam perjalanan jauh sangat padahal macam biasalah Nilai-Segamat 2 jam setengah. Terus baring and rehat.
Seharian perut sakit sumpah tak tipu, sampai tahap bila berdiri je terus tumbang, even baru nak melangkah setapak habis jatuh. 
Kepala ni bila pusing kiri kanan siiiiikit je pun rasa bisa oh mak aiiii berganda ganda sakit. 
Tapi I degil (jangan tiru macam aku!!), still taknak pergi hospital even family members paksa hm.

Kesakitan berganda sampailah hari Jumaat, 5 Mei 2017. Makin teruk. 
Awal pagi tu bila nampak muka I makin pucat, husband terus bawak I pergi hospital.
Lantaklah kau nak ke taknak hahaha sebab muka dah biru kuning merah semua warna ada. 
Bila tiba je kat emergency case of Hospital Segamat, doktor semua dah kelam kabut serbu terus scan lagi and tetiba dua orang doktor kalut tukarkan I baju bla bla bla keadaan macam serabut jugak masatu. 
Ada sorang doktor ni terus bagi borang suruh sign. I Tergamam sekejap. 
Dorang panggil husband I and explained to him about my condition. Doktor explain yang keadaan dah kritikal 50/50, bleeding dalam rahim and ruptured dalam tu so nyawa memang dalam bahaya.
Terpaksa operate tanpa tunggu 6 jam puasa sebab takut tak sempat katanya hmm.
I blur gila sambil pegang perut sakit oiii. Memang redha je apa jadi masa tu tak larat nak tanya banyak and sign surat yang doktor tu bagi.

I ditolak masuk bilik bedah. Husband pun ikut tolak sekejap sambil dua-dua pandang tak cakap apa-apa. Masatu lah drama air mata bermula huhu memang nyawa hujung tanduk je rasa.
Kekuatan datang untuk tahan sakit tu bila I pandang muka husband yang sayu sangat. I pandang husband puas-puas sebab takut itu pandangan yang terakhir sambil dalam hati doa macam-macam.
Kalut doktor-doktor masatu, I dalam sakit-sakit pun memerhati ok.
Then, sebelum dibius, doktor suruh I mengucap dua kalimah syahadah and sentiasa ingat Tuhan.
Ya ampuuun, lagilah rasa nak jerit panggil semua orang tersayang!
Operation daripada 12.30 tgh hari (dah nak solat jumaat). Makan masa dua jam jugak operate. 
Settle je semua, dorang letak I kat ICU. 

Alhamdulillah, I sedar pukul 7.20 petang haritu jugak sebab terdengar bunyi azan tapi bila celik je takde pun azan (masa I sedar tu I dah dipindahkan ke labour room).
Kuasa Allah. 
Rupanya, I bleeding kat dalam rahim dah 2 liter (satu botol mineral besar plus satu botol mineral kecil kata doktor). Sebabtu doktor risau I tak sempat diselamatkan. Doktor kata kalau lambat lagi sampai hospital.... hm.
Benda yang I ingat time tu, "syukurrrr aku diberi peluang merasa nikmat hidup lagi. 
Alhamdullillah Alhamdulillah Alhamdulillah."

Kesimpulannya, once bila tahu pregnant, cepat-cepat pergi klinik untuk check up ok? 

Thankyou sudi baca pengalaman aku. 
Actually nak tulis lagi panjang tapi tahap rajin aku sampai sini je. hehehe.

Oh haa, kandungan luar rahim sangat bahaya ok! 
nak cakap lebih-lebih, sejujurnya I memang zero pasal ni.
Biologi masa SPM pun D so mana kelayakan aku untuk pesan lebih-lebih? hahaha.
Sekadar pengalaman. 
Kalau ada doktor yang pro or sesiapa yang berpengalaman about ectopic pregnancy ni, bolehlah share apa yang korang tahu. 
Sama-sama spread ilmu gitu.



nak bagitau yang kite ni kurus je dulu hahahaha.



3 comments:

  1. Syukur aisya selamat. X apalah, belum rezeki lg nak dapat baby. Masih muda utk terus mencuba. Sabar ye. In Shaa Allah, ada rezeki kemudian hari. Abam Kie follows back, OK?

    ReplyDelete
  2. Akak nikah masa birth of date saya....hehehheh

    ReplyDelete

komen sini thanks dearies:)