Thankyou readers

Friday, July 21, 2017

#AyieAisyahBigDay Cinta monyet ke jinjang pelamin?

//Assalamualaikum and hi alls\\

Jumaat,17 Mac 2017, jam 5 petang lepas asar aku dan bakal suami (dah jadi suami pun) akhirnya disatukan di Masjid Labis, Johor. 

Apa perasaan sebelum semasa and selepas nikah? 
Masa mekap aku just chill and relax gelak ketawa dengan member sampai kering gusi ni, once bila dah siap and pengantin lelaki dah sampai masjid, aku rasa nak rebah, rasa nak tampar pipi sendiri eh betul ke nak kawen ni serius ke tak ni huhu. 
Nasib baik aku ni pandai mengawal emosi ewaaah. 
Kepala lutut ni kalau boleh beralih sesuka hati disebabkan gemuruh, habis dah beralih ke buku lali agaknya. Punyalah cuak. 
Lagi-lagi bila aku masuk masjid je aku rasa semua orang tengok aku padahal takde siapa pun tengok aku. Perasan betul. kot.

Elok je aku masatu tetiba duk bersimpuh sopan je nak meletakkan punggung kat atas bantal nikah tu. Sekali sekala jadi perempuan melayu terakhir, fake sangat hee.

Then, nikah!
Ayie memang suka sangat ulang ulang ayat "aku terima nikahnya .....(nama aku) dengan mas kahwin ........" since form 4 lagi kalau tak silap aku.
Suka bebenor dia dengan ayat tu lagi lagi part sebut nama aku dengan rasa bangganya amboiii. 
ha sukati lah bang asalkan nama saya yang disebutnya tuu.
Tu yang masa akad, laju je nyebut tanpa keraguan hahaha. 
Mana tidaknya, ayat tu semua memang dah sebati dalam hati, eh sekali lafaz je ha tahniah le bang berjaya jugek awak jadikan ayat kegemaran awak tu in reality berbaloi jugaklah kan. hehe.

sebelum officially jadi laki bini omg debar jantung mak oiii


Eh tetiba dah nikah? 

Rasa macam tetiba dah nikah eh sekelip mata je tetiba dah kena salam Ayie. 
Perasaan lepas nikah memang bercampur baur. 
teruja, gembira, terharu omg tapi time nikah ni adalah time aku cuba sehabis baik untuk keraskan hati taknak nangis! dah plan awal nii.
Kenapa? 
Sebab aku takut kalau aku nangis, habis luntur mekap aku nanti. huhuhu.
Imaginasi aku memang tinggi sikit, jadinya aku dah bayang muka aku bila mekap comot bulu mata tercabut ke eyeshadow luntur ke eyeliner habis penuh pipi sebab kena air mata ke uish memang time tu nak nangis fikir panjang aa kan, demi mekap aku sanggup postpone menangis hahaha. 
Walaupun dalam hati dah nangis sekuat hati dah. 
Berjaya jugaklah aku keraskan hati.

Nikah hari Jumaat and majlis hari sabtu so memang penat jugaklah dua hari ni. 
Kalau ikutkan hati, nak buat sehari je terus. Nikah, makan, salam semua orang ha settle. 
Ok nikah hari Jumaat, majlis kompang mengompang hari sabtu. 
Agak penat walaupun sederhana.

Alhamdulillah syukur angan-angan kami bukan angan-angan mat jenin. 
Mana tidaknya, gigih dari form 3 pegang janji nak setia sampai kahwin nak teruskan sampai syurga lah bagai entah apa lagi ayat konon jiwang yang keluar. Dakdak wechat betul masatu. 

Cinta form 3 ke jinjang pelamin mungkin? hehe. 
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. 
#AyieAisyahBigDay

satu tu gambar masa form 3 tahun 2010 (first time amek gambar sama sama hahaha)
satu lagi tu gambar lepas nikah 17 Mac 2017
jangan rasa pelik dengan perbezaan dua gambar ni sebab manusia boleh berubah kannnn kehkeh.

gambar dengan whole family tak sempat amek. ralat jugaklah sebenarnya. 
sebab masatu semua orang macam kelam kabut nak pergi makan, nak kejarkan kerja kat rumah pengantin yang tak settle lagi tu ha.

Ok, habis cerita untuk nikah. Nanti-nanti sambung part lain pulak bila rajin haha.