Thankyou readers

Tuesday, January 21, 2014

Perubahan mengambil masa?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Exactly right! Perubahan mengambil masa. Masa yang kita kena lalui dengan pelbagai rintangan, halangan dan dugaan. Begitulah aku si insan biasa yang konon-konon berangan ingin menjadi luar biasa. Hakikatnya, aku insan yang double triple lemah dan sungguh lemah. Kekuatan aku adalah dorongan. Dorongan? Yes, dorongan daripada kau kau kau dan kau. You are my supporter! Siapa? Kakak abang adik pakcik makcik yang membaca entry ni lah supporter Aisyah. :) 

Maaf atas penggunaan 'Aku' bagi orang yang lebih tua. Lebih selesa menggunakan kata ganti nama tu. Sempoi gitu. 

Aku ingin berubah. Berubah ke arah kebaikan dan ingin melakukan segala pekerjaan yang mendapat keredhaanNYA. Namun begitu, kuatkah aku? Kuatkah dan kuattttttt kah? Eventhough aku student aliran agama since Form1 until now (Form6 Upper) yang dipenuhi dengan kepelbagaian tazkirah sana sini atas bawah depan belakang, taaaaaaapi aku jarang mempraktikkan segalanya. Jarang sekali. Aku just buat perkara yang wajib every second, every minute, every day and buat yang sunat or harus or etc tatkala aku sungguh-sungguh-sungguh rajin. Nampak tak betapa kerdilnya insan ini. 

Sungguh! Sesuatu telah mengajarku erti perubahan. Perubahan mendekatkan diri aku kepadaNYA. Hanya kerana sebuah Al-Quran. Sebelum-sebelum ni, aku baca Al-Quran as usually tapi I get nothing. Suatu maghrib, sesudahnya aku baca Al-Quran, aku peluk Al-Quran macam biasa, aku rasa kelainan. Kelainan apakah? Hati kentalku berdebau-debau, my tears ? Menangis tak sudah ? Why ? Why ? Why ? 

Starting from that, aku nekad. Nekad ingin berubah. Yes, perubahan memakan masa. So, aku berazam ingin mempraktikkan segala apa ilmu agama yang telah dipelajari. Kental lah wahai hati. For the first thing that I want to do is about Aurat. Not tudung, not stoking, not baju besar. But all about Aurat. Before this, cukup aku menutup kepala, pakai baju besar-besar. Taaapi, aku silap. Aku tidak menutup kakiku, aku tidak menjaga pergelangan tanganku. Itulah yang paling utama untuk ditutup sebenarnya. Bagiku, tiada guna aku mengenakan baju muslimah tetapi tidak menutup aurat yang paling utama (pergelangan tangan and kaki). Aku risau. Risau hatiku goyah. Bantulah aku Ya Allah. 

Inginku meminta nasihat daripada awak awak awak awak dan awak. Bantuku. Ingatkan aku tentang kewajipan yang wajib aku laksanakan. Sungguh aku takut aku berubah kembali seperti dulukala masa zaman gilagila yang leka sentiasa. Allahu. 

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Aku memerlukan nasihat, tazkirah dan tarbiyyah tanpa henti.
Aku memerlukan supporters.
Aku memerlukan kekuatan. 
Aku memerlukan peringatan from whoever. 


With love,
AisyahAzman