Thankyou readers

Thursday, December 26, 2013

Kenapa hati menjadi keras?

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hari ni eden ada tazkirah baru untuk semua.Tazkirah hari ni bertajuk kenapa hati menjadi keras? Persoalan yang terlintas dalam fikiran setiap umat islam maybe. Macam mana macam mana macam mana hati jadi keras? Tiba-tiba ke? Ada sebab tak? Eh, mestilah ada sebab. Takkan ada sesuatu perkara yang terjadi tanpa sebab tau. 

Jahil kalau seseorang itu mengaku dirinya sempurna. Kenapa? Sebab hakikatnya tiada siapa yang sempurna. Only Allah. Only Him! Ditegaskan bahawa Allah sahaja yang mempunyai kesempurnaan dan tiada siapa yang dapat menandinginya. Allahu. 

 Kawan-kawan, kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlanjur bicara. Sebaik-baiknya, kita hendaklah kurangkan bercakap, lebihkan berzikir. Zikrullah. Mengingati Allah itu sungguh indah.

Lembutkanlah hatimu wahai awak awak awak awak dan awak serta saya juga kita. 

Anda semua tau tak, kalau kita cakap benda yang sia-sia and gelak tawa bagai nak gila, itu adalah passport yang Nabi bagi clear senang gila untuk berhati keras. Phewwwww, eden ni dahlah gelak tawa memang tak ingat dunia, kena ubah lepas ni. Lembutlah wahai hati. :)

For your information, kalau kat akhirat nanti kan kan kan, orang yang paling jauh gila gila gila dari Allah adalah orang yang hatinya keras. Takut tak takut tak? Ayat tu adalah antara petikan daripada hadith Riwayat At-Tarmizi. 

Tapi tapi dan tapi, ada penyelesaian untuk elakkan diri daripada hati menjadi keras. Ingat tau, berzikir adalah antara jalan mudah untuk melembutkan hati kita. Ingatlah Allah sentiasa walau kat mana pun kita berada. Tak kisahlah bila-bila masa sekalipun. Jangan sesekali kita alpa untuk mengingati Allah. Ingat tau korang ! 

Amalkanlah doa kat atas ni. Sebab doa ni adalah antara doa yang boleh melembutkan hati kita. Kalau kreatif, try buat rentak lagu-lagu bagi sedap sikit, sambil baca sambil goyang-goyangkan kepala ke kiri kanan. Barulah rasa terhibur sambil berdoa. Tak gitu ? hehe. 

Kesimpulannya, janganlah kita sesekali melupakan Pencipta kita okay? Okay to be continued tazkirah pendek akan datang. Korang nak tau? Akan datang eden post lagi. :)

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Hati yang keras dulu hingga sekarang tidak semestinya akan keras untuk selama-lamanya. 
Kita mampu mengubah ke arah yang lebih baik. Percaya pada diri. :)

Maaf andai terdapat sebarang kekurangan dalam tazkirah pendek AisyahAzman. 
Eden juga manusia biasa seperti awak awak awak and awak.
Sebarang penambahan untuk tazkirah amat dialu-alukan.
Sekian.

With love,
AisyahAzman




Tuesday, December 24, 2013

Abang aku accident!

//Assalamualaikum and hello guys\\

Apa?! Angah accident?! Betapa tergamamnya aku bila my beloved mom bagitahu yang abang kesayangan aku menghadapi kecelakaan. Astaghfirullahal'Aziim. Hanya Allah sahaja tahu apa yang aku rasa masa tu. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Bila jadi ? Dah lama dah. 31 Januari 2012 kalau tak salah aku. Saja nak throwback. Sebab sampai bila-bila pun aku memang takkan pernah lupa kejadian paling tragis dalam family aku.

Luka memang parah gila gila gila. Sedih aku bila tengok abang aku yang sememangnya sempurna dari segi fizikal tiba-tiba hilang separuh daripada nikmatNYA. Astaghfirullahal'Aziim. Kecelakaan ni memang bukan kehendak kita kan ? Kadang-kadang kita berhati-hati pun, orang lain yang cuai. Tapi kita kena ingat, orang lain yang cuai tu pun tidak merancang yang kecuaian mereka mengundang kecelakaan. Kesimpulannya, Allah Azawajalla perancang yang paling hebat. Sesungguhnya tiada tandingan yang boleh melawan rancangan Allah.

 
Tengok motor tu. Astaghfirullahal'Aziim. Teruknya. Habis hancur. Berlipat-lipat-lipat ish. hm.

Jangan kesiankan kat motor tu. Biar nak hancur lebur ke, nak terbalik terbongkang macam mana pun, semua tu boleh diganti bila-bila masa nanti. Apatah lagi kuaci dalam bakul motor tu. Sampai sekarang berlambak kat kedai-kedai. *sila zoom untuk tampak lebih jelas gituuuu~


Tapi kalau anggota kita? Memang takkan pernah ada galang-ganti. Kalau ada pun, takkan pernah sama dengan yang asal. Angah, aku harap kau bersabar. Ni semua dugaanNYA untuk kau. Allah still sayang kat kau sebab tu dia bagi peluang untuk kau teruskan kehidupan kau di alam nyata ni. Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segala apa yang dilakukan. 

Lama jugak tau abang kesayangan aku ni nak tunggu masa sembuh sepenuhnya. Alahai. Alhamdulillah aku bersyukur sangat-sangat Allah still bagi pinjam nyawa kat kau. Kalau tak, aku tak tau keadaan aku tanpa abang macam mana sekarang. Aku sayang abang aku sangat-sangat. Baik buruk dia, tetap abang kandung aku juga, Gaduh besar bagai nak terbalik rumah jiran sebelah pun, kami buddies, kami takkan terpisah. eh? Haha. Air yang dicincang takkan pernah putus even kau guna pedang samurai semata-mata nak cincang air sekalipun. Sebab ikatan kitorang lagi kuat daripada air tu. 

At last but not least, my beloved brother sudah sembuh sesembuh sembuhnya. Dia mampu bergerak dengan pantas gila tak terkejar. Sekarang, dia dah boleh buat semua aktiviti harian macam biasa sebiasa biasanya. Alhamdulillah berkat limpahan kurnia daripada Allah dan doa yang tidak putus-putus dari ahli keluarga serta muslimin muslimat di luar sana.

Now, my beloved brother dah kembali handsome seperti dulu kala. Hopefully, tragedi sebegitu rupa takkan terjadi lagi dalam family aku. Semoga korang pun dijauhkan daripada kecelakaan yang amat amat amat tragis.

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui. Bersabarlah dalam menghadapi pelbagai ujian daripadaNYA. Ada sebab kenapa DIA memberi ujian kepada kita. Allah tidak akan memberi ujian kepada hambaNYA yang tidak mampu. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa kenapa kenapa Allah memberi ujian itu dan ini kepada kita. Renung-renungkan and selamat termenung. eh ? hehe. 

With love,
AisyahAzman





Monday, December 23, 2013

Genting Highlands Pahang

//Assalamualaikum and hello guys\\

Hari ni aku nak berceloteh sedikit tak berapa banyak pasal betapa indahnya semasa di Genting Highlands! Awesome! Eh awesome ke? Mestilah. As usually, aku ke sana semestinya untuk berjimba riang gembira dengan rakan-rakan seangkatan. eh? 

Genting Highlands semestinya sebuah tempat yang sejuknya gila gaban tahap cipan beranak lapan kau. Punyalah serius tahap kesejukkan tempat tu. Masa tu pergi guna student package so sememangnya bayaran agak murah. Lagipun cikgu-cikgu yang arrange semua. Kami student just follow up their arrangement. Bila aku pergi? Dah berkurun abad lamanya sampai speechless tak terkata. (menyampah? Aku pun). Haha. Aku pergi masa time selekeh lagi. Time tu baru nak up. Mana tidaknya, aku pergi masa form 2. Nakalnya masa tu memang melampau tahap terkeluar daripada temperature kenakalan. 

You see? Ni lah permandangan dari cable. Aku nak snap pun takut-takut. Tinggi gila gaban sampai cable langgar awan. Tolong percaya please. Haha.


Hutan? Yelah. Hutan lah tu. Tebal kan hutan tu? Sampai tak nampak langsung jalan kat dalam hutan tu. Kehijauan dia terselah plus plus plus. Ketinggian cable dengan hutan tu memang jauh jaraknya tak terkata. Aku yang sememangnya gayat bertambah gayat bila naik menatang ni. Ketaq lutut eden~

















Uncle, why you're tall too much?! You makan Calcium pagi petang siang malam non-stop kah? He's the tallest one in this world maaa.

Cukup sampai di sini sahaja aku berceloteh. Entry aku kali ni sememangnya sangat sangat sangat kekurangan sumber. Gambar-gambar sepanjang aku di Genting bersama kawan-kawan dah hilang ! Uwaaaaaaaa ! (nangis guling-guling sampai badan sakit-sakit). Sedihnyaaaaaa tak terkata.

Lagipun, masa aku form 2, otak aku tak pernah terfikir nak simpan apa-apa kenangan sebaik-baiknya. Bila gambar-gambar yang aku snap dah hilang, aku just watlek watpeace watcool je. Tiada kerisauan menyelubungi diri langsung. Sekarang baru rasa ralat sangat sebab aku tak menitikberatkan kenangan pada zaman dahulukala. Haihh korang jangan jadi seperti aku okey.

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Kenangan itu penting untuk disimpan.
Kerana kenangan tersebut akan hadir sekali sahaja seumur hidup.
Jangan ambil ringan terhadap kenangan yang telah dicipta. :)

Akhir kata, meh meh meh datang Pusat Peranginan yang terlampau banyak angin di Genting Highlands. Terasa seperti di luar negara phewwww ~

With love,
AisyahAzman


Sunday, December 22, 2013

Ciri-ciri isteri solehah

//Assalamualaikum and hello guys\\

Siapa nak jadi isteri solehah ?! Yeah, mari mari mari! Datang dekat-dekat. Meh kita kaji macam mana ciri-ciri isteri solehah yang diidam-idamkan oleh semua lelaki. Sekarang ni, bukan senang nak pilih isteri yang menepati kehendak diri mahupun kehendak syarak. 

Namun begitu wahai kaum Adam sekalian, terimalah Hawamu dengan penuh keikhlasan. Kalau sang isteri kurang peradaban ke kurang pengetahuan ke, tolong and tolong and tolong sangat sangat sangat bimbinglah isteri tersebut. Didikan si suami memang sangat sangat sangat diperlukan. Ingat tau, tiada seorang pun manusia di dunia ini yang sempurna. As a gentleman, you should be more matured about your future. 

Aku stop membebel okay. Lets treasure about ciri-ciri isteri solehah yang menjadi idaman para lelaki. Eceh kelasss gitu ayat aku. Nak tau ? Scroll down yaaa.

Ciri-ciri isteri solehah ::

1) Agama Islam.
|| First and foremost, apa pun pilihan kita, tengok and teliti tang satu ni. Agama. Mesti Islam. Jangan sampai tersalah pilih. Maklumlah, sekarang di mana-mana ada penyamaran. Then, sekarang jugak dah banyak kacukan yang muka ayu ala-ala melayu memang ori kelassss gitu. Bila dah bercinta gila gila gila, rupa-rupanya bila tengok IC, oh man! You are non-muslim! Susahlah nanti. Tapi tak salah kalau si dia memang attract dengan Islam. Bimbinglah dia ke arah Islam yang indah lagi sejahtera. 

2) Baik budi pekerti.
|| Walau jahat macam mana pun seorang insan yang bernama lelaki, mesti diorang nak cari perempuan yang baik budi pekerti nak buat isteri. Biasa dah dengar ayat, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya. Tapi jodoh itu rahsia Allah. Baik buruk si isteri, terimalah seadanya dan bimbinglah isteri ke arah kebaikan untuk mendapatkan redhaNYA. Wow! Ayat aku beriya sungguh -____-

3) Cantik wajahnya.
|| Semua ciptaan Tuhan indah-indah belaka. Bab ni, terima seadanya. Jangan mempersoalkan ciptaanNYA. 

4) Ringan mas kahwin.
|| Ada mak bapak yang letakkan mas kahwin and hantaran untuk anak daghaaaa tinggi melangit Nauzubillah. Tak perlu tinggi-tinggi harganya. Dont be a demand person lah. hehe. Aku tengok ceramah kat TV, ustaz tu cakap, his special idea is si suami bagi senaskhah Al-Quran yang dah dikhatamkan olehnya kepada isteri sebagai mas kahwin. I want it ! I want it ! 

5) Seorang gadis.
|| Sebaik-baiknya gadis. Tapi tak salah kalau kita nak pilih si isteri dari kalangan selain gadis seperti seorang janda. Tetapi syarat-syarat calon mestilah menepati kehendak syarak tau. Sebab tu lah, kita ada adat meminang. Time tu nanti, bolehlah si lelaki tahu serba sedikit background bakal isteri diorang. 

6) Keluarga beragama yang baik.
|| Ada certain lelaki, dia sangat tak suka perempuan yang bukan daripada keturunan baik belaka. Tapi pada hakikat, tak semestinya perempuan yang bukan daripada keturunaan baik tu merupakan seorang yang jahat. Ramai sahaja perempuan yang mana background keluarga tak memuaskan tapi perempuan tersebut adalah seorang ustazah and muslimah sejati plus plus plus.

Renung-renungkan and selamat termenung. Hehe. 

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Teliti teliti teliti teliti and teliti bila nak buat pilihan tau !
Sebaik-baiknyaaa, solat Istikharah perlu dilakukan berulang kali untuk memohon petunjuk daripadaNYA. 

eh? Sesat pulak gambar ni. Hehe.

With love,
AisyahAzman.


Muzium Padi Kedah

//Assalamualaikum and hello guys\\

Sesungguhnya aku adalah seorang pelajar sekolah jadi memang tak lari daripada rombongan. Adat budak sekolah. Dalam setahun mesti ada rombongan ke sana ke sini. Begitu juga dengan aku si budak sekolah. After trial STPM Semester 1, ustaz aku yang pemurah dan penyayang serta pelawak walaupun pengarut telah membawa a few of my classmates and I pergi nun negeri utaghaaa sana. Aku memang agak jakun sikit kalau ade trip sana and sini. 

Almaklum, aku ni bukan seorang kaki jalan yang keliling dari utara ke selatan pusing ke timur terlajak ke barat. Family aku lebih selesa di rumah and sememangnya tak suka berkelah, bersiar-siar mahupun bershopping tatkala cuti sekolah menjelang so aku pun terpaksa akur dengan pendirian ibu bapa kakak dan abang aku. 

Aku paling suka bila dapat join trip dengan kawankawan. Enjoy gilaaa. Memang aku takkan lepaskan peluang kalau ada trip sekelas. So, cause of that aku join trip ke negeri utaghaaa ni. Nak kumpul banyak banyak banyak kenangan dengan classmates. hehe. So, kami pun pergi ke Kedah Darul Aman yang nampak memang penuh keamanan dan kedamaian. So, kami pun pergi ke Muzium Padi yang banyak padi. eh ? heehee.

Nama pun muzium padi, mestilah all about paddy right?  Korang nampak tak apa yang aku nampak? 
Beras Paparean ! Selama ni aku dok makan nasi memanjang, taktau lah pulak yang beras ada sekecil begini. Cetek sungguh pengetahuan aku. Paparean adalah salah satu jenis beras yang terdapat di dunia ni tau. Banyak lagi beras yang memunyai kepelbagaian bentuk, rupa dan warna. Subhanallah indah ciptaanNYA.

Cantik kan pemandangan kat belakang tu? Nampak real kan kan kan? Korang tau tak, actually background tu fake belaka. Lukisan semata-mata tau. Betapa kreatif nyaaaa pelukis-pelukis tersebut buat lukisan yang sememangnya tampak real. Teruja dan tergoda sungguh aku. Mereka sungguh berbakat. Bakat mereka pula hanyalah pinjaman dariNYA.
''Cik Keghhhhhbauuuuu, your 'tanduk' is very very very smart! Can I borrow your 'tanduk'?''

Hello, I petani berjayaaaa gilaaa. Baju tu turun temurun atok nenek I. Terkantoi lengan sudah singkat. -,- Satu-satunya baju pusaka atok nenek. Haha.

Before balik. I love uolls~ 

Selamat tinggal negeri Jelapang Padi. Nanti aku datang lagi bawa suami and anak-anak pulak tau! Erk ? Perancangan awal ececeh. 

KataKata tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Kawankawan sekalian, lepas ni kalau makan nasi jangan tak habis tau.
Kesian nasi tu. Menangis nasi tu tau. 
Ingatlah betapa sukarnya zaman atok nenek moyang kita bertungkus-lumus mengusahakan padi untuk menghasilkan beras dan ditanak menjadi nasi gara-gara ingin memberi kekenyangan kepada kita si cucu cicit mereka. eh eh eh ? hehe. 
Sebutir nasi bagaikan setitik peluh petani. phewwww~

With Love,
AisyahAzman





















Monday, December 16, 2013

Heliza Helmi ?

 //Assalamualaikum and hello guys\\

Topik hangit belum hangus yang aku nak cakapkan hari ini adalah berdasarkan title di atas. Bila ditanya pada pakcik makcik atok nenek kakak abang adik, siapa suka Heliza Helmi ?!!! Pastinya mereka akan angkat tangan dan kaki serta melonjak 'Saya!' 'Saya!' 'Saya!' dan 'Saya!' Tapi apabila ditanya siapa tak kenal Heliza Helmi ?!!! 'krik krik, krik krik' Sudah terang lagi bersuluh, mengikut kajian aku sendiri, ramai sangat sangat fanatik gila gaban tahap cipan beranak lapan kat salah seorang awek muslimah anggun Malaysia yang kat gambar bawah ni haa termasuklah aku sendiri. hehe. 

Aku cair wei tengok dia. Macam ais dibakar haa. haha. Anggun. Muslimah. Menutup aurat menepati syarak. Contoh yang baik untuk remaja perempuan sekarang. Bagus untuk dicontohi tau!

You see? Indahnya ciptaan Allah 'Azzawajala. Subhanallah. Teruja I. Tang mata tu aku geram sungguh. Bak mai mata. Pinjam sat. Haha. Eventhough artis, tak bermakna kena pakai yang open sana sini right? 

Whoa! Subhanallah. Sejuk je hati tengok muka dia. Tu kalau meengikut pendapat akulah.Macam mana status dia sekalipun, dia tetap mengekalkan penampilan muslimah. Kak Ija! Teringin nak jumpa! Face to face please eceh ~ haha.

Bila kita obses dengan someone, tak bermaksud yang kita sangat mengagungkan dia. Mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Walaupun orang yang kita suka tu banyak kelebihan, mesti ada terselit kekurangan, tapi janganlah kita pertikaikan kekurangannya. Sesungguhnya, kalau kita mempertikaikan kekurangan seseorang, samalah juga kita mempertikaikan kekurangan Tuhan Yang Satu. Pahe ke idok? muehehe. 
Ingatlah semua termasuk aku sendiri, walau macam mana pun kehidupan kita, segala kewajipan mesti ditunaikan sebab kita kat dunia ni sementara dan ada tujuan hidup. 

Pesanan tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Kepada sang perempuan tak kira tua ke muda ke khususnya perempuan yang sudah baligh serta berakal,
Tutuplah Auratmu Bukan Uratmu,
Jagalah Peribadi Khususnya Body,
Jangan Mudah Dibelai Kerana Kau Tak Ternilai,
Sedarlah Wahai Insan Bernama Perempuan. 
Eceh, macam pantun tapi malangnya bukan. Syair or sajak pendek maybe -,- Sekadar ingatan tulus ikhlas daripada aku untuk anda, anda, anda dan aku sendiri. 

Dah okay cukup untuk hari ni. Got to go. Bye uolls ! :)
With love,
AisyahAzman