Thankyou readers

Sunday, August 12, 2018

Review phone: unboxing OPPO F7 2018

//Assalamualaikum and hi guys\\

Sekarang ni tengah musim macam-macam phone yang release, ada yang mahal ada yang murah, cuma pilih aje kan. 

So, kali ni aku nak buat review tentang Oppo F7 yang baru je aku grab disebabkan phone lama aku dah arwah huhu. Before ni aku guna Oppo Find 7 since tahun 2014 so 4 tahun lah jodoh aku dengan Find 7 tu. 
Kiranya ni pun aku still pilih Oppo hahaha mana owner Oppo, taknak bagi aku appreciation sebagai pengguna setia ke hahaha. 

Tinggal kenangan.....

 



Dan bertukar kepada....

 
OPPO F7 

Bagi aku, OPPO F7 ni sesuai untuk korang yang sakan nak ber-selfie je tu sebab Front Camera this F7 25MP so jangan risau, memang superb gambar korang nanti. 
F7 ni pun super full screen tau, kalau dibelek-belek adalah acah-acah macam skrin Iphone X giteuw.
Lepastu design nya sememangnya glossy and unique so memang cantiklah! Kalau boleh di gred kan, aku bagi A- gitu.  

Kalau mention pasal warna pulak, ada beberapa warna untuk OPPO F7 ni, antaranya black diamond, maroon and silver. Macam aku, aku pilih terus warna silver dan Alhamdulillah, berpuas hati untuk pilihan warna tu. Kalau menyesal pilih warna tu pun bukan boleh return semula kat kedai tu kan hahaha. 

Related image
gambar ni sumber dari Google, 3 warna yang memang hotzzz.

ini pulak warna silver yang aku pilih, gigih tau haku snap gambar phone ni nak bagi nampak shine bright nya tuuu hahaha.

Masa aku beli, seller tu bagi free casing kat aku, berterabur warna casing dia suruh aku pilih, masa tu jugaklah berterabur hati aku nak pilih warna yang mana satu hahaha.
Aku nampak semua warna lawa! Casing baru memang le lawa, nanti dah pudar, dah bertahi lalat, dah berdaki hilang dah warna lawanya tu kan kahkah.
Dan warna yang aku pilih ialah.......

jeng jeng jeng !!


 
entah le kenapa bijak bebenor aku pilih warna mint ni. Dalam keadaan aku yang memang tak pandai nak jaga phone, mustahil aku mampu jaga casing warna Mint suci murni ni huhuhu. 
Buktinya tengok lah sendiri baru sehari guna, dah ada benda apa hitam melekat kat casing tu hahaha.
Kalau dah sebulan guna, taktahu lah bertukar warna apa casing aku ni kehkeh.

ini apa yang aku dapat, satu set, macam biasalah kan (charger, usb, earphone and casing warna putih bersih dalam kotak tu tapi terlupa nak keluarkan huhu)

 

Mine. Oh, bateri Oppo ni memang sangat lambat berkurangan ok. Seharian guna pun turun berapa percent je. Tapi based on pengalaman aku, kalau dah dekat dua tahun guna, cepat arwah pulak baterinya bila diguna tak sampai seharian hahaha but still not bad kan? 


Rate: 7.5/10

Ok, so far so good untuk Oppo F7 ni, untuk sesiapa yang teringin nak guna F7 ni, bolehlah teruskan niat tu hihihi. 

Disclaimer: ini bukan paid review daripada mana-mana pihak, ini review ikhlas dari hati. 

Ada ke antara korang yang baru nak beli atau memang dah guna Oppo F7 ni? 
Macam mana? ok tak? Boleh share feedback by commenting entry ni nanti I baca and reply ok :)





2 comments:

  1. wah cntiknya oppo ni, saya baru pakai oppo f1s heheh. lepasni boleh la tukar yang ni pulak. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nak tunggu next entry. saya suka cara awak menaip hehehe. kalau sudi meh lah singgah ke blog saya, saya followers ke 196

    ReplyDelete

komen sini thanks dearies:)