Thankyou readers

Friday, October 2, 2015

Bajet tunang agak murah by #ashaazman #PartOne

//Asalamualaikum and hai semua\\

Siapa baru lepas engagement day?  Tahniah adik kakak abang semua siapa yang baru lepas first step (tunang) tewww. 
Ingat! Baaaaru first step! Maka bermulalah segala dugaan engkorang mihmihmih moga tabah semua!
This entry, aku nak bagi pandangan aku pasal bajet tunang etc. 

Untuk para remaja yang plan nak bertunang, tahniah sebab dah planning daaaan pada pendapat aku, tunang ni takyah lah dok buat besaq besaq panggil sekampung siap pasang khemah siap pelamin gah letop letop uish buakpewwww leww bazir dah tu. 
Aku sangat taksetuju bila engagement day, bajet lari sampai cecah RM 10000 ke atas. 
Tumbang lembu kerbau unta kah?!
apa yang aku cakap ni bukan mainmain sebab hakikatnya ada yang sebegitu rupa. 

Tapi sebenarnya, itu semua terpulang atas individu tu sendiri. 
Ada yang sangat mampu, teruskan.
Kalau korang lebih kurang umur macam aku dan poket zero macam aku jugak, no need lah bazir.
membazirkan sedare setan ekekekekeke.

Bajet tunang atas pandangan aku:

PIHAK LELAKI

1) Dulang hantaran
- kasut = RM 80
- kain meter = RM 50
- beg tangan = RM 30

2) cincin sebentuk = RM 300 (tapi confirmlah ada yang lagi murah kan? dan kalau pandai tawar menawar masa beli laaaagi save bro)

PIHAK PEREMPUAN

1) Dulang hantaran
- kasut =RM 100
- kain meter plain= RM 40
- buah-buahan = RM 30
- bahulu span = RM 20
- towel = RM 25

GOODIES (kalau nak bagi tetamu, buat sendiri) = RM 200

NO PELAMIN NO KHEMAH MAKAN NO PHOTOGRAPHER NO GOODIES YANG TERLAMPAU BANYAK.
Bajet untuk makanan berat (nasi, lauk pauk segala) mungkin dalam RM 500 (kalau jemputan takramai), tapi biasanya untuk bahan basah/mentah ni, ada yang sponsor punya even sikit kihkih.

See? Atas tu bajet yang agak moderate lah kan.
Tapi kalau nak kurangkan lagi harga or barangbarang segala tu, depends. Dan laaagi bagus tau kalau korang pandai manage bajet bagi lagi murah tapi bermakna.
Aku buat anggaran je tu. Dan apa yang aku listkan kat atas tu adalah berdasarkan pengalaman yang pernah aku lalui.
Sebab kalau ikut kisah aku, memang simple! haha.

Last, abaikan apa orang keliling yang kepoh dok mengata awak kahwin awal n bla bla bla. Sebab dorang hanya pemerhati. bukan dorang yang lalui. 
Tapi kalau korang rasa taknak kahwin awal, eh sukati koranglah, korang yang lalui. hehe

//Yang baik datang dari bantuan ALLAH, yang buruk datang dari kekurangan diri yang noob dan terlampau 'rendah' ini.

wow! murahnya bajet tunang engko senah!
Kalau ada silap, mohon maaf dan mohon perbetulkan.

With love, 
AisyahAzman

Tuesday, September 29, 2015

Dont give up! Husnudzon.

//Assalamualaikum and hai semua\\

Kenapa kadangkadang bila kita takdapat something yang kita inginkan, kita PUTUS ASA? 
Tell me why?!
Dan aku juga macamtu. "Putus asa". Tahu dah Tuhan paling taksuka hambaNya yang mudah putus asa, tapi kenapa yang Tuhan taksuka, yang tu juga lah yang kita buat? 

k aku taknak taip panjang lebar but zero, aku nak cerita. harapnya bukan baca semata-mata, mohon dijadikan ibrah dan ambil mana yang baik dan muhasabah diri dan sedari bersama. 

Aku ada sorang kawan yang saaaangat baik di mata aku.
Mungkin ada yang nampak beliau biasa-biasa jerrrrrr, tapi bagi aku, beliau berjaya mengajar aku erti kesabaran dan sentiasa berada dalam keadaan husnudzon (positive thinking).

Beliau bukan budak u yang berjaya, bukan student luar biasa, bukan orang berada.
Beliau biasa-biasa. Beliau budak lepasan espiyem (SPM. budakbudak sekarang, ejaan semakin mengada ngada ekeke), result budak tido katanya. 

Beliau taksambung study lepas SPM, tapi beliau semakin berjaya sekarang. Berjaya yang aku maksudkan bukanlah berjaya harta benda segala, tapi yang kita takdapat gambarkan kejayaan beliau tu.
Sekarang, aku masih merangkak memasuki alam degree, tapi beliau dah berjaya bagi makpak (mak bapak) beliau merasa duit gaji beliau setiap bulan.

Satu contoh yang aku nampak pada beliau. Beliau takpernah putus asa. 
Even kawankawan majoriti sambung belajar, beliau terus cari kerja tanpa putus asa. 

Beliau pernah diperkecilkan, dan beliau sentap, tapi beliau takpernah putus asa. 
Beliau pernah jatuh sejatuh jatuhnya, tapi beliau takpernah putus asa. 
Beliau pernah bankrap masa jual burger (masatu umur baru 14 tahun), tapi beliau takpernah putus asa.
Beliau pernah mancah (ambil upah tebas kebun orang) masa bulan Ramadhan dengan panas terik, tapi beliau takpernah putus asa. (masatu umur baru 15 tahun).
Beliau pernah kerja kedai makan masa zaman sekolah (umur 16 n 17 tahun), tapi beliau takpernah putus asa.

Dan sekarang umur beliau 20 tahun(sebaya aku), beliau ada dua pekerjaan. Beliau takpernah putus asa. 
Beliau tengah buat tu haa alaa PJJ (pembelajaran jarak jauh) di sebuah universiti tempatan. Beliau masih tak putus asa.
Aku salute dengan beliau. 
Hamdallah. Aku nampak "kesenangan" beliau sekarang ni. 
Kuncinya, jangan pernah putus asa. Doa, usaha, tawakkal!

"Belajar setinggi mana pun, tapi kalau tetap jadikan putus asa tu sebagai pendamping diri, jangan rasa yang kau dah hebat." *deep*

"Jangan giveup, rezeki dan segala kesenangan Allah yang bagi. Kita senang tu ujian, kita susah pun ujian. Jangan pernah giveup."

"Tak kisah pun kawankawan belajar tinggi tinggi, sebab Tuhan ada sesuatu yang indah untuk kita. Percayalah."

Aku tahu masih ramai lagi kawankawan, kakak abang adik yang sebaya atau senior atau junior aku yang mempunyai pemikiran macam kawan aku ni. 
Anda hebat! Teruskan dengan perangai baik gitu!

Last, aku salute!