Thankyou readers

Monday, December 16, 2013

Heliza Helmi ?

 //Assalamualaikum and hello guys\\

Topik hangit belum hangus yang aku nak cakapkan hari ini adalah berdasarkan title di atas. Bila ditanya pada pakcik makcik atok nenek kakak abang adik, siapa suka Heliza Helmi ?!!! Pastinya mereka akan angkat tangan dan kaki serta melonjak 'Saya!' 'Saya!' 'Saya!' dan 'Saya!' Tapi apabila ditanya siapa tak kenal Heliza Helmi ?!!! 'krik krik, krik krik' Sudah terang lagi bersuluh, mengikut kajian aku sendiri, ramai sangat sangat fanatik gila gaban tahap cipan beranak lapan kat salah seorang awek muslimah anggun Malaysia yang kat gambar bawah ni haa termasuklah aku sendiri. hehe. 

Aku cair wei tengok dia. Macam ais dibakar haa. haha. Anggun. Muslimah. Menutup aurat menepati syarak. Contoh yang baik untuk remaja perempuan sekarang. Bagus untuk dicontohi tau!

You see? Indahnya ciptaan Allah 'Azzawajala. Subhanallah. Teruja I. Tang mata tu aku geram sungguh. Bak mai mata. Pinjam sat. Haha. Eventhough artis, tak bermakna kena pakai yang open sana sini right? 

Whoa! Subhanallah. Sejuk je hati tengok muka dia. Tu kalau meengikut pendapat akulah.Macam mana status dia sekalipun, dia tetap mengekalkan penampilan muslimah. Kak Ija! Teringin nak jumpa! Face to face please eceh ~ haha.

Bila kita obses dengan someone, tak bermaksud yang kita sangat mengagungkan dia. Mana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Walaupun orang yang kita suka tu banyak kelebihan, mesti ada terselit kekurangan, tapi janganlah kita pertikaikan kekurangannya. Sesungguhnya, kalau kita mempertikaikan kekurangan seseorang, samalah juga kita mempertikaikan kekurangan Tuhan Yang Satu. Pahe ke idok? muehehe. 
Ingatlah semua termasuk aku sendiri, walau macam mana pun kehidupan kita, segala kewajipan mesti ditunaikan sebab kita kat dunia ni sementara dan ada tujuan hidup. 

Pesanan tulus ikhlas daripada AisyahAzman ::
Kepada sang perempuan tak kira tua ke muda ke khususnya perempuan yang sudah baligh serta berakal,
Tutuplah Auratmu Bukan Uratmu,
Jagalah Peribadi Khususnya Body,
Jangan Mudah Dibelai Kerana Kau Tak Ternilai,
Sedarlah Wahai Insan Bernama Perempuan. 
Eceh, macam pantun tapi malangnya bukan. Syair or sajak pendek maybe -,- Sekadar ingatan tulus ikhlas daripada aku untuk anda, anda, anda dan aku sendiri. 

Dah okay cukup untuk hari ni. Got to go. Bye uolls ! :)
With love,
AisyahAzman

No comments:

Post a Comment

komen sini thanks dearies:)